2023年12月23日星期六

 10.6.1 Apakah itu Refleksi ?


Refleksi adalah proses kognitif aktif secara sedar atau hasil dari pemikiran kritis atau pemahaman mendalam terhadap suatu pengalaman, idea, atau peristiwa untuk memastikan ketepatan kepada satu-satu peraturan yang telah ditentukan. Ini melibatkan evaluasi diri, penilaian, dan pemikiran kritis terhadap apa yang telah dialami atau dipelajari seseorang. Refleksi seringkali merupakan bentuk metode pembelajaran yang digunakan untuk memahami pengalaman pribadi, meningkatkan pemahaman diri, dan mengembangkan pemikiran kritis untuk memperbaiki diri secara berterusan.


10.6.2 Prosedur Menulis Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran


10.6.3 Kepentingan Menulis Refleksi

a) Dapat membuat penilaian kendiri
  • Menilai sejauh mana ilmu yang telah disampaikan memberi kesan dan kefahaman ringkas kepada guru dan murid.  
  • Menulis memungkinkan seseorang untuk merinci pemikiran mereka secara terstruktur. 
  • Membantu seseorang untuk merenung tentang makna suatu pengalaman dalam konteks nilai-nilai pribadi mereka. 
  • Contohnya, murid diminta untuk menerangkan secara ringkas topik yang dipelajari.

b) Melatih berfikir secara analitik, kritik dan kreatif
  • Guru dapat mengasah lagi kemahiran berfikir daripada pelbagai sudut secara analitik, kritis, dan kreatif tentang sesuatu subjek.
  • Berfikir dapat membantu melatih keterampilan pemecahan masalah. 
  • Seseorang belajar untuk mengidentifikasi masalah, mencari solusi, dan mengevaluasi hasilnya
  • Contohnya, guru akan selalu befikir untuk mencari kaedah alternatif untuk menyampaikan pelajaran jika murid memberi refleksi negatif semasa PdP.

c) Menghasilkan rancangan PdP yang lebih baik
  • Merujuk kepada pemikiran langsung mengenai apa yang dilakukan oleh guru-guru ketika mereka mengajar.
  • Refleksi adalah sebahagian daripada pembangunan profesional guru yang berterusan.
  • Kerap membuat refleksi tentang pengalaman mengajar, guru boleh terus mengemas kini dan meningkatkan kemahiran mereka.
  • Contohnya,guru-guru melaksanakan pelan tindakan pengajaran berasaskan teori-teori yang telah dipelajari.

d) Boleh menyelesaikan masalah selepas mengambil kira semua pilihan
  • Refleksi membolehkan pelbagai pilihan dirangka dan memilih pilihan terbaik bagi menyelesaikan masalah yang timbul.
  • Mengevaluasi setiap pilihan yang mungkin secara kritis.
  • Mencakup menilai keberkesanan, pengaruh positif dan negatif, serta konsistensi dengan nilai dan tujuan.
  • Contohnya, pilihan terbaik dipilih iaitu menyediakan pelbagai bahan bacaan yang lebih menarik dan berwarna- warni berbanding bahan bacaan yang padat dengan tulisan semata bagi menarik minat murid untuk belajar.

  10.6.1 Apakah itu Refleksi ? Refleksi adalah proses kognitif aktif secara sedar atau hasil dari pemikiran kritis atau pemahaman mendalam t...